Thursday, 15 October 2015

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN DOA SAYA !

Maka pada tanggal 15 Oktober 2015, tercatitlah satu  sejarah bagi peminat RADIO AMATEUR di Malaysia di mana MCMC atau SKMM (Suruhanjaya  Kommunikasi dan Multimedia Malaysia) dengan resminya mengeluarkan NOTICE atau pengumuman " Pemegang lesen atau AA kelas B boleh menggunakan HF Frequency 7.00 - 7.20 Mhz ( 40 Meter Band).




Announcement for Class B Amateur Radio

The Commission is pleased to announce on the additional frequency allocation for all  Amateur Radio Class B AA license holders. The additional frequency is in HF band within 7.0 - 7.2 MHz with a maximum power level of 50 Watt Peak Envelope Power (PEP).


Tak terkira gembira rasanya mendengar berita ini. TERIMA KASIH SKMM Malaysia kerana akhirnya pihak tuan menerima pendapat dan cadangan yang kami (9W2) utarakan walaupun melalui atau mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan yang sepatutnya telah lama di buat berikutan cadangan dari IARU Conference 2004 .  Kepada kawan2 9W2 semua gunalah peluang yang di berikan oleh SKMM atau MCMC ini sebagai satu momentum untuk memajukan radio amateur di Malaysia, mempromosi hobi berteknikal ini kepada orang ramai . Mudahan akan bertambah lagi bilangan pengemar hobi RADIO AMATEUR di MALAYSIA. Disamping itu ingatan kepada anda 9W2 yang berkommunikasi di 40meter  HF agar sentiasa menjaga tatacara perhubungan radio kerana suara anda akan dapat di dengar di seluruh pelusuk benua walaupun cuma 50watt pep, dengan teknik dan setup yang maksimum anda semua tetap akan berpuas hati  dan tersenyum puas bilamana cq cq  anda di sambut oleh rakan ham tempatan atau kejiranan anda. Sentiasa ingat FREQUENCY RADIO AMATEUR bukan individual usage tapi adal ah share basis...jadi bila ianya kongsi guna maka kenalah berhemah tidak lagi seperti semasa menggunakan radio walkie-talkie VHF atau UHF.....!. Selamat ber 'qso' di 40 Meter band di ucapkan kepada semua rakan 9W2 semua. Terima Kasih juga kepada semua yang memberi cadangan dan pelobi atau penyokong '9w2 di 40m'

Dan Syukur pada Allah kerana mengerakan hati2 mereka di MCMC untuk meluluskannya...Amin  DE  9W2NR


No comments:

Post a Comment