Saturday 29 July 2023

AKHIRNYA CW TIDAK LAGI MENJADI PRASYARAT KE HF BAND

Akhirnya CW bukan lagi menjadi pra-syarat bagi penggemar Ham Radio untuk menggunakan frequency HF. Syabas dan tahniah di ucapakan kepada MCMC kerana akhirnya akur dengan situasi dunia Ham Radio pada masa kini yang mana telah lama dicadangkan oleh pihak  ITU (2004) untuk tidak menjadikan Ujian Morse Code atau CW sebagai syarat utama untuk kebenaran penggunaan frequency HF. Walaupun Malaysia ketinggalan hampir 19 tahun (2023-2004) berbanding dengan negara lain. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak MCMC atau SKMM di atas perubahan ini.Tak ketinggalan ucapan dan rasa syukur kepada Allah, kerana akhirnya kami pemegang lesen amateur kelas B boleh menggunakan HF berkuatkuasa pada January 2023.

Disamping itu pihak MCMC atau SKMM telah juga memperkenalkan Kelas C, Kelas B dan Kelas A. Bagi pemilik lesen kelas B, mereka boleh "upgrade" kan lesen ke kelas A dengan mengambil ujian RAE Kelas A yang merangkumi soalan-soalan Peraturan Pertubuhan Radio Telikomunikas Antarabangsa, prinsip elekrik dan sebagainya. Semoga dengan ini akan bertambah ramai rakyat yang berminat menceburi hobi perhubungan radio ini, walaupun dunia komunikasi hari ini semakin berubah dan canggih semuanya ada dihujung jari dengan alat perantara sebesar sebuah calculator siap bersuara dan bergambar.

Terima Kasih SKMM.