Saturday, 30 April 2016

HAPUSKAN CW DEMI MASA DEPAN RADIO AMATEUR

HAPUSKAN CW ( MORSE CODE ) DEMI MASA DEPAN RADIO AMATEUR DI MALAYSIA. IKUTLAH SARANAN DAN CADANGAN WARC  UNTUK REGION 3 DI AUSTRALIA, BAHAWA DEMI MASA DEPAN RADIO AMATUER SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN MULTIMEDIA SEKARANG KELULUSAN CW UNTUK PENGGUNAAN GELOMBANG HF SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI"


Friday, 18 March 2016

APA KHABAR 9W2 DI 40 METER BAND!

Salam, lama saya tak menulis di bog ini....seakan saya dah lupa pada blog radio amateur ini, mungkin di sebabkan usia yang semakin senja aktiviti radio sudah menjadi semakin kurang, namun demikian tidak lah terpendam terus selagi hayat masih ada. Apa khabar anda 9W2 di 40 meter band (HF)? sejak mcmc membenarkan gelombang HF 40m untuk 9w2..dah berapa banyak station yang anda telah dapat berqso?..tentu sudah beratus-ratus station, walau berapa station pun harapan saya semoga anda semua terus berhemah dan terus explored hobi 'ham radio' dengan suasana gembira dan bersemangat. Saya? belum satu station pun di 40m hf saya berqso!..masih tiada masa untuk menaikkan antenna hf walaupun sudah ATU tuner. Tunggulah nanti jikalau ada peluang bertemulah kita di udara melalui 40m hf band...

Thursday, 15 October 2015

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN DOA SAYA !

Maka pada tanggal 15 Oktober 2015, tercatitlah satu  sejarah bagi peminat RADIO AMATEUR di Malaysia di mana MCMC atau SKMM (Suruhanjaya  Kommunikasi dan Multimedia Malaysia) dengan resminya mengeluarkan NOTICE atau pengumuman " Pemegang lesen atau AA kelas B boleh menggunakan HF Frequency 7.00 - 7.20 Mhz ( 40 Meter Band).




Announcement for Class B Amateur Radio

The Commission is pleased to announce on the additional frequency allocation for all  Amateur Radio Class B AA license holders. The additional frequency is in HF band within 7.0 - 7.2 MHz with a maximum power level of 50 Watt Peak Envelope Power (PEP).


Tak terkira gembira rasanya mendengar berita ini. TERIMA KASIH SKMM Malaysia kerana akhirnya pihak tuan menerima pendapat dan cadangan yang kami (9W2) utarakan walaupun melalui atau mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan yang sepatutnya telah lama di buat berikutan cadangan dari IARU Conference 2004 .  Kepada kawan2 9W2 semua gunalah peluang yang di berikan oleh SKMM atau MCMC ini sebagai satu momentum untuk memajukan radio amateur di Malaysia, mempromosi hobi berteknikal ini kepada orang ramai . Mudahan akan bertambah lagi bilangan pengemar hobi RADIO AMATEUR di MALAYSIA. Disamping itu ingatan kepada anda 9W2 yang berkommunikasi di 40meter  HF agar sentiasa menjaga tatacara perhubungan radio kerana suara anda akan dapat di dengar di seluruh pelusuk benua walaupun cuma 50watt pep, dengan teknik dan setup yang maksimum anda semua tetap akan berpuas hati  dan tersenyum puas bilamana cq cq  anda di sambut oleh rakan ham tempatan atau kejiranan anda. Sentiasa ingat FREQUENCY RADIO AMATEUR bukan individual usage tapi adal ah share basis...jadi bila ianya kongsi guna maka kenalah berhemah tidak lagi seperti semasa menggunakan radio walkie-talkie VHF atau UHF.....!. Selamat ber 'qso' di 40 Meter band di ucapkan kepada semua rakan 9W2 semua. Terima Kasih juga kepada semua yang memberi cadangan dan pelobi atau penyokong '9w2 di 40m'

Dan Syukur pada Allah kerana mengerakan hati2 mereka di MCMC untuk meluluskannya...Amin  DE  9W2NR


Thursday, 26 June 2014

RADIO AMATEUR MALAYSIA TERUS UNDUR.

Maka keputusan dan rumusan pun telah di buat RADIO AMATEUR MALAYSIA tetap mahu terus undur

kebelakang tak mahu  ikut negara-negara maju lain yang telah menghapuskan keperluan CW untuk tujuan 

penggunaan gelombang HF, RADIO AMATEUR MALAYSIA tak perlu ikut 

negara ini ,,,,,,,,,

AMERIKA, SINGAPORE, ENGLAND (UK), KENYA, BELANDA, PERANCHIS, GERMAN, 

AUSTRALIA, AUSTRIA,  ISRAEL, SWEDEN, HONGKONG, DENMARK, CROATIA, 

BOSNIA , PAPUA NEW GUINEA,REPUBLIK CZECOSLOVAKIA ,LUXEMBERG, 

KANADA, ICELAND, NORWAY, BELGIUM,  SWITZERLAND,  JAPAN,  INDONESIA , 

INDIA (mulai APRIL 2010).

 dan lain-lain negara yang tak perlu di tuliskan lagi cukuplah dengan negara-negara yang di kenali seperti

diatas. Biarlah kita  kekal ikut seperti negara yang mengekalkan rules and regulation lama terus mengekalkan

 syarat lulus CW 12w untuk membolehkan seseorang itu menggunakan gelombang HF, tak perlulah kita ikut

saranan pihak ITU agar semua negara menghapuskan keperluan CW untuk tujuan penggunaan gelombang

HF dan terus bersama antaranya negara yang masih mengekalkannya.( tapi masih ada lagi ker negara yang

mengekalkannya sedangkan negara INDIA pun sudah mengubah rules and regulations RADIO

AMATEUR di negaranya April 2010)................Amat malang bagi kita

operator radio amatuer di malaysia amnya.

Untuk RULES AND REGULATION RADIO AMATEUR INDIA link:RULE RADIO AMATEUR INDIA APRIL 2010

http://www.hamradio.in/amateur_radio/amateur_new_guidelines.pdf

HAPUS CW DEMI KEMAJUAN RADIO AMATEUR DI MALAYSIA

Sunday, 24 November 2013

REVIEW AMATEUR RADIO DI MALAYSIA.

KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN SUDAH SAMPAI MASA RULES AND REGULATIONS OF RADIO AMATEUR DI MALAYSIA BERUBAH SEJAJAR DENGAN KEAADAAN RULES AND REGULATION GLOBAL, DIMANA KEPERLUAN CW UNTUK PENGGUNAAN GELOMBANG HF SUDAH TIDAK RELEVAN  LAGI DENGAN PERTAMBAHAN TEKNOLOGI DIGITAL TERKINI. SILA LAYARI WEB MCMC UNTUK NYATAKAN PENDAPAT ANDA MENGENAI CW ATAU MORSE CODE. KELUARKAN DIRI ANDA DARI KEPOMPONG MORSE CODE, SEMUA NEGARA SUDAH HAPUSKAN CW ATAU MORSE CODE UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN GELOMBANG HF. MENGAPA KITA DI MALAYSIA MASIH INGIN MENGEKALKANNYA....APA LOGIK  ATAU APA YANG TERSELINDUNG DI SEBALIKNYA. KELUARKAN DIRI ANDA DARI BAWAH  TEMPURUNG.......

SILA LAYARI WEB MCMC DAN NYATAKAN PENDAPAT ANDA
http://www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Discussion-Paper-on-Review-privileges-of-ARS-in-Ma.aspx

HAPUSKAN CW DEMI MASA DEPAN RADIO AMATER DI MALAYSIA.

Sunday, 12 May 2013

IK3OIL CW READER DECORDER PROJECT

Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari CW, mungkin project CW READER ini amat sesuai untuk mereka. Saya ada membuatnya sekadar untuk di sambungkan kepada HF Radio untuk monitor sebarang aktiviti traffic samada di band marine, amateur atau airband. IC yang bertanda CW1 merupakan PIC16F84A yang sudah di program kan dengan cwdec.hex. menggunakan PIC programmer.



Untuk membuat CW reader anda perlu ada PIC programmer. Komponent yang di gunakan adalah PIC 16F84, MC4093 dan tone decorder LM567 serta beberapa resistor, capasitor, LCD display 2 X 16 dan lain-lain. Kelebihan circuits yang di hasilkan oleh Francesco Morgantini (IK3OIL) ini ialah SPACE dan SPEED boleh di kawal (control).



Display board sedang di pasang pada kotak plastics untuk 'finishing touch up' dan testing.


Frequency Tune (400Hz to 1200Hz), power switch, Frequency Lock indicator, speed, space di letakkan di bahagian front panel.


Pandangan hadapan CW READER yang masih dalam proses final assembly.




CW board di masukkan kedalam kotak untuk kemasan terakhir sebelum du uji 'off air' atau menggunakan key.











CW READER yang telah siap di 'wiring' sebelum di sambung ke HF Radio untuk ujian off air monitor.

Bagi mereka yang berminat bolehlah mencuba untuk membuat sendiri peralatan ini, yang penting ada kemahiran  untuk programming PIC.

Monday, 1 April 2013

MORE AND MORE COUNTRY ABOLISH CW FOR HF. MALAYSIA ???

More and more country now abolish CW, Malaysia MCMC ada nak buat macam tu ??

JAPAN
INDONESIA

Di Indonesia berita terkini mengatakan bahawa akan di ujudkan kelas yang baru iaitu YH yang akan diberikan kepada operator radio tanpa perlu menduduki sebarang pepriksaan selama 2 tahun, dalam masa 2 tahun ini mereka perlu belajar selok belok radio amateur untuk menduduki ujian radio amateur selepas itu. Yang paling penting mereka dibenarkan dan boleh menggunakan Frequency HF !. Ada MCMC nak buat macam tu ???. Jadilah  KATAK BAWAH TEMPURUNG itu lebih baik bagi operator Ham radio di Malaysia !. Semua 9M2 lebih suka operator radio amateur di Malaysia jadi macam tu. Kata mereka (9M2) apa kita nak ikut Indonesia ! kalau nak main HF belajarlah morse, ambil uijian !.
Nasib kita lah wahai operator ham radio di Malaysia kerana kita berada dikalangan
orang-orang yang sombong dan lebih suka jadi KATAK BAWAH TEMPURUNG !tak mahu ambil tahu dan mengikuti suasana perkembangan radio amateur dan halatuju ham radio negara luar.

So - what is Amateur Radio?

We can see from any artical regarding to the Amateur, that Amateur radio is purely for personal reasons - self-training and investigations combined with intercommunication. No mention of monitoring for distress calls or HAVING to use a mode like CW that suits the deaf or any other of the usual pathetic arguments peddled by the pro-Morse-testing lobby. Without any of the reasoning behind S25.5 being given, we are free to argue it's relevance in these modern times, in the light of the internet, satellites, and other technologies that freely permit international communication - even 50MHz, cross-border VHF/UHF or CB!
We do not need to be able to understand any requests to QSY on PRIMARY bands, and given that Morse is no longer widely used by any other service this makes proficiency in Morse unecessary from that angle. It could even be argued that the clause "receive correctly by ear, texts in Morse code" could well be re-negotiated to "receive correctly by ear or automatic apparatus, texts in Morse code" to allow the computer to take the strain. Consider that Morse was actually originally designed to be sent and read by machine - operators found they could do the job easier themselves but that is irrelevant to today's issue of Amateur access to HF.

ABOLISH MORSE CODE BEFORE IT'S TOO LATE!