Friday 18 March 2016

APA KHABAR 9W2 DI 40 METER BAND!

Salam, lama saya tak menulis di bog ini....seakan saya dah lupa pada blog radio amateur ini, mungkin di sebabkan usia yang semakin senja aktiviti radio sudah menjadi semakin kurang, namun demikian tidak lah terpendam terus selagi hayat masih ada. Apa khabar anda 9W2 di 40 meter band (HF)? sejak mcmc membenarkan gelombang HF 40m untuk 9w2..dah berapa banyak station yang anda telah dapat berqso?..tentu sudah beratus-ratus station, walau berapa station pun harapan saya semoga anda semua terus berhemah dan terus explored hobi 'ham radio' dengan suasana gembira dan bersemangat. Saya? belum satu station pun di 40m hf saya berqso!..masih tiada masa untuk menaikkan antenna hf walaupun sudah ATU tuner. Tunggulah nanti jikalau ada peluang bertemulah kita di udara melalui 40m hf band...