KEMPEN: NO CODE (NO CW ), DROPPED CW AS A REQUIREMENT FOR AN HIGH FREQUENCY (HF) LICENSE.
NOW MORE AND MORE COUNTRY DROPPED CW AS REQUIREMENT FOR USING HF. WHY NOT MALAYSIA TOO ???.
ANY GOOD REASON ?? COMPARE TO FCC OR OFCOM REASON ??.
GLOBAL ELIMINATION (NO CODE) OF MORSE CODE TESTING REQUIREMENT FOR ALL CLASSES OF AMATEUR RADIO LICENSE.
WHY NOT MALAYSIA TOO ?. ANY GOOD REASON COMPARE TO FCC OR OFCOM OR SINGAPORE IDA REASON ??? ACTUALLY NO REASON !!!.
SO NO CODE (CW) CAMPAIGNS IS FOR YOU 9M2, 9W2 PEOPLE WITH OPENED MINDED, LOOK FOR THE FUTURE OF AMATEUR RADIO IN MALAYSIA, FOR BRILIANT OF AMATEUR RADIO CULTURE IN MALAYSIA. IF YOU WANT TO GET MORE PEOPLE INTERESTED IN HAM RADIO IN THIS NEW WORLD TECHNOLOGY, THE SOLUTION IS SIMPLE! GET RID OF THE CW REQUIREMENTS.
Apa yang boleh di lakukan ialah dengan menubuhkan ad-hoc no code campaign atau melalui NGO sosial sekiranya kelab atau persatuan radio amateur yang berlambak itu tak berminat untuk tujuan kearah itu, tak payah join mana-mana kelab atau persatuan kalau hanya setakat ambil yuran nak buat atau guna repeater atau setakat nak jawatan, langsung tak ada perancangan tentang masa depan atau perkembangan rules and regulations radio amateur global. Hanya tahu mesyuarat pilih presiden, ajk dan duit yuran nak buat repeater, nak buat gathering, lain-lain perkara berhubung kait dengan radio amateur langsung tak mahu di sentuh, negara lain sudah gugurkan CW, itu mereka punya hal biar kita kekal dengan undang-undang lama!, itu maknanya kita lebih suka jadi katak bawah tempurung!. Dengan ad-hoc atau kelab social ini buatlah pungutan tanda tangan sesiapa yang menyokong kempen ini di kalangan pemegang AA serta buatkan memorendum atau petition mengenainya yang terperinci nyatakan kesemua negara yang telah menghapuskan cw dengan bukti pengumuman negara tersebut. Bawa kepada pihak SKMM dan kepada kementerian komunikasi dan multi media atau pilihan yang terakhir melalui saluran politik, bahas di parlimen kalau cara hantar memorendum tidak mendapat layanan sewajarnya demi masa depan Radio Amateur di Malaysia. Tapi siapa yang nak buat???. Entah aku pun tak tahu.!
pak nik..bekengnya...
ReplyDeletebetul juga tu pak nik,kl 9W ttp dgn 10m,2m n 70cm bl nk pnjag kan ilmu radio ni..
ambo pn bljar CW jg,tp bkn niat nak ambil 9M,bljar sbb ambo minat lama dah,masa sklh rendah lg.sbb xda salah nya kl 9W pn tahu CW.
insyaallah bl dh brkurg yg mahir kna la ubah pndgn.
masalahnya bukan persatuan .... yang masalahnya MCMC sendiri ....yang saya tahu dah lebih 10thn rakan rakan kita orang lama naik turun ke mcmc melalui individu dan persatuan bawa perkara ni.... tapi setakat meeting dan jumpa sahaja... banyak cadangan dan kertas kerja dan surat dah di hantar ....tindakan dari MCMC tak de .... alasan yang digunakan ialah kena ubah undang-undang dahulu baru boleh. klu nak ubah undang-undang pun...adakah persatuan atau kelab yang kena ubah.... fikir-fikirkanlah.
ReplyDeleteOK, tapi tahu tak saudara pihak MCMC kata persatuan RADIO AMATEUR tak sekata dalam hal CW ni?? maksudnya banyak persatuan dan orang perseorangan yang tak setuju di hapuskan CW ni dan MCMC suka mendengar ucapan dan kata-kata mereka ini.
DeleteTahukah saudara bahawa hobi kita nih diwakili oleh beberapa individu yang MCMC suka dengar. saudara sendiri cakap bahawa MCMC suka mendengar ucapan dan kata-kata mereka ini . Bukankah menunjukkan yang masalahnya ialah MCMC sendiri. Pada pandangan saya sepatutnya MCMC hendaklah profesional dan tidak boleh menyokong mana mana pendapat individu. Kerana mereka ini bukan mewakili semua radio amatur di malaysia ini. ada juga pihak yang memberikan cadangan kepada MCMC supaya di adakan pilihan bagi radio amatur utk upgrade dari B ke A suatu makanisme utk mengantikan ujian cw seperti skrg ini. selain dari itu juga mereka memberikan cadangan supaya ujian cw dari 12wpm di kurangkan ke 5wpm. akan tetapi cadangan ini hanyalah cadangan dan tiada tindakan dari pada MCMC. Cadangan ini telah pun diajukan ke MCMC sejak 10thn yang lepas. namun ibarat melepaskan batuk ditangga dan seperti bercakap dengan dinding.
Delete