Sunday, 12 May 2013

IK3OIL CW READER DECORDER PROJECT

Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari CW, mungkin project CW READER ini amat sesuai untuk mereka. Saya ada membuatnya sekadar untuk di sambungkan kepada HF Radio untuk monitor sebarang aktiviti traffic samada di band marine, amateur atau airband. IC yang bertanda CW1 merupakan PIC16F84A yang sudah di program kan dengan cwdec.hex. menggunakan PIC programmer.



Untuk membuat CW reader anda perlu ada PIC programmer. Komponent yang di gunakan adalah PIC 16F84, MC4093 dan tone decorder LM567 serta beberapa resistor, capasitor, LCD display 2 X 16 dan lain-lain. Kelebihan circuits yang di hasilkan oleh Francesco Morgantini (IK3OIL) ini ialah SPACE dan SPEED boleh di kawal (control).



Display board sedang di pasang pada kotak plastics untuk 'finishing touch up' dan testing.


Frequency Tune (400Hz to 1200Hz), power switch, Frequency Lock indicator, speed, space di letakkan di bahagian front panel.


Pandangan hadapan CW READER yang masih dalam proses final assembly.




CW board di masukkan kedalam kotak untuk kemasan terakhir sebelum du uji 'off air' atau menggunakan key.











CW READER yang telah siap di 'wiring' sebelum di sambung ke HF Radio untuk ujian off air monitor.

Bagi mereka yang berminat bolehlah mencuba untuk membuat sendiri peralatan ini, yang penting ada kemahiran  untuk programming PIC.