Wednesday, 13 July 2011

CW: SAMPAI BILA MALAYSIA SKMM (MCMC) MAHU MENGEKALKANNYA SAMPAI KIAMAT KE?!

Saya pernah menulis surat kepada SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)  berhubung perkara ini sekitar tahun 2006
seperti terlampir dibawah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Nik Remeli Bin Nik Ismail
Lembah Pantai
Kuala Lumpur.


Pengerusi,
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
63000, Cyberjaya. Selangor.
U.P: (Unit Radio Amateur)

Tuan

PENGHAPUSAN UJIAN KOD MORSE BAGI PENGGUNAAN FREQUENCY HF

Saya adalah salah seorang operator Radio Amateur kelas B yang sudah memiliki lesen hampir 10 tahun, disini begitu berharap agar pihak tuan dapat mengikut jejak langkah negara-negara lain di dunia yang sudahpun menggugurkan @ menghapuskan syarat ujian kod morse (Malaysia mcmc mensyaratkan lulus ujian kod morse 12wpm) untuk tujuan penggunaan gelombang HF (seperti terdapat didalam document MCMC GUIDELINE FOR AMATEUR RADIO, yang ada menyatakan mulai April 2007 CW no longer be requirement).

Di antara negara-negara yang telahpun menggugurkan syarat keperluan ujian kod morse itu adalah ENGLAND (negara yang memperkenalkan hobi radio amateur ke Malaysia), GERMANY, SWITZERLAND, BELGIUM, NORWAY, NEDERLAND, IRELAND,CANADA, LUXEMBORG, SINGAPORE, FINDLAND, AUSTRIA, AUSTRALIA, PAPUA NEW GUINEA, REP. CZECH, DENMARK, HONGKONG, ISRAEL, PHILLIPINE, CROATIA, SWEDEN, ICELAND, FRANCE, NEW ZEALAND, KENYA, HAWAI, dan lain-lain negara termasuk juga negara AMERICA (USA) pada February 2007 (negara kedua terbesar didunia mempunyai bilangan pengguna radio amateur). Apakah operator radio amateur di negara yang telah menggugurkan kod morse sebagai syarat telah menjadi bodoh atau standard atau kualiti mereka sudah jatuh dan tidak hebat lagi seperti operator ham radio di Malaysia yang mengekalkan syarat tersebut?. Di negara-negara yang disebutkan itu peminat hobi ham radio cuma perlu mengambil ujian bertulis itu pun sesetengah negara boleh melalui internet"on line" tanpa lagi perlu menduduki ujian kod morse. Perkembangan radio amateur telah berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Negara yang masih mengekalkan syarat ujian morse code sekarang ini hanyalah terdiri dari negara dunia ketiga, negara komunis dan bekas negara komunis kerana mereka ini masih bersikap negatif terhadap pertumbuhan aktiviti radio amateur. Jadi MCMC Malaysia juga besikap negatif mengenai perkara ini?.

Jadi dimana logiknya MCMC Malaysia masih mahu mengekalkan syarat lulus ujian kod morse pada tahap 12 wpm sedangkan  semua negara maju lain telah menggugurkan syarat tersebut bersesuaian dengan cadangan IARU pada WRC-03 di GENEVA mengesyorkan semua negara anggota ITU agar menghapuskan keperluan ujian kod morse sebagai syarat bagi penggunaan gelombang HF kerana ianya tidak lagi relevan dimasa ini demi perkembangan hobi radio amateur dimasa depan. (WRC-2003 quote: REMOVE CODE REQUIREMENT, 'as a qualifying criterion for the hf amateur license is no longer relevant to the healthy future of amateur radio')

Apa yang jelas pada pendapat saya ialah

1. Saya tidak menentang penggunaan kod morse, kerana kod morse atau cw adalah salah satu diantara mode-mode modulasi yang digunakan untuk tujuan perhubungan radio, kenapa kod morse di istimewakan sehingga perlu lulus baru boleh memancar di frequency HF. sedangkan ianya sama seperti mode am, fm, ssb, digital dan sebagainya,  memaksa semua orang belajar mode tersebut sedangkan bila lulus tak sampai 1% pun mereka yang lulus menggunakan mode kod morse tersebut untuk tujuan perhubungan radio.

2. Penghantaran secara manual perhubungan radio melalui kod morse sudah ketinggalan zaman berbanding cara moden sekarang seperti penggunaan sistem digital PSK, AMTOR, RTTY, ALE atau TELEX yang semuanya boleh dihubungkan dengan komputer yang lebih cepat dan tepat penerimaannya walaupun tidak ada sesiapapun disisi radio semasa berita-berita itu di hantarkan.

3. Bila berlaku kecemasan atau malapetaka alam seperti banjir atau sebagainya pengendali radio amateur secara sukarela ingin memberi bantuan dari segi perhubungan radio dan kebanyakan mereka ini adalah 9w2 yang tidak dibenarkan memancar pada gelombang HF, Ini menyebabkan 9w2 kurang berminat untuk turut membantu semasa kecemasan.

4. Kod morse telah menyebabkan ujudnya jurang atau halangan diantara dua golongan pemegang lesen radio amateur A dan B, dimana pemegang lesen A (9M2), sentiasa mendakwa mereka pakar dalam selok belok perhubungan radio dan sentiasa minta di hormati dan di puji-puji selalu kerana mereka pakar CW, sehingga menyebabkan 9w2 membawa haluan sendiri dalam mempelajari  hobi ini, sedangkan  hakikatnya hobi radio amateur ini bertujuan untuk merapatkan jurang satu sama lain dalam memperkembangkan hobi radio amateur kerana mereka mempunyai kegemaran yang sama dalam praktikal atau ujikaji di bidang radio komunikasi.

5. Sesuai dengan cadangan pihak IARU (International Amateur Radio Union) yang meminta semua negara anggota menggugurkan syarat ujian kod morse sebagai syarat mengunakan frequency HF (3Mhz - 30Mhz) `IARU body called for removal af morse code as an examination requirement to operate on HF. The council reiterated its stance first taken in 2001 that morse code proficiency as a qualifying  criterion for and HF amateur license is no longer relevant to the healthy future of amateur radio'. Begitu juga dengan badan telekomunikasi antarabangsa ITU mengesyorkan dalam Recommendation M.1544, mengesyorkan agar syarat keperluan kod morse di hapuskan oleh semua negara anggota ITU. Jadi dimana MCMC berdiri dalam hal ini.

6. Masih banyak cara lain yang boleh di buat untuk menggantikan ujian kod morse ini, seperti misalnya dengan 'upgrade' kan soalan RAE supaya lebih praktikal dan teknikal dari segi teori, atau ujian praktikal tatacara penggunaan hf radio, atau juga mensyaratkan sesiapa yang lulus RAE dan mendapat AA selepas 2 tahun pengalaman menggunakan radio VHF dan UHF  baru lah dibenarkan menggunakan gelombang HF.

Jadi pada pendapat saya berdasarkan alasan di atas maka sudah tidak relevan lagi jika pihak SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA masih mengekalkan syarat lulus ujian kod morse pada 12wpm sebagai syarat utama bagi penggunaan gelombang HF demi perkembangan masa depan radio amateur di Malaysia. Dimana penggunaan internet lebih mudah tidak memerlukan peperiksaan, mereka boleh berhubung di serata dunia dengan suara bergambar dan sebagainya, maka dengan adanya halangan kod morse minat untuk menceburi hobi radio amateur akan terbantut. Ini sesuai dengan kertas cadangan pihak MCMC sendiri yang menyatakan mulai April 2007 ujian kod morse tidak lagi menjadi syarat penggunaan gelombang HF. Pihak di MCMC harus berfikiran positif seperti mereka di Amerika (FCC) , di England (OFCOM), di Singapore (IDA) dan di lain-lain negara maju  dalam menentukan arahtuju serta isu-isu berkaitan radio amateur.


Sekian, Terima Kasih.



Yang benar,


(Nik Remeli bin Nik Ismail)

------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah surat yang saya tuliskan kepada pihak MCMC pada tahun 2006, namun tiada apa-apa jawaban yang di terima dari pihak MCMC, mungkin kerana surat saya itu tidak membawa makna apa-apa kepada mereka. Saya pernah ada pengalaman menulis surat kepada pihak radio amator di JARL semasa saya training di negara Jepun sekitar tahun 1995, walaupun saya orang "ALIEN" tapi mereka masih jawab surat saya tentang persoalan yang saya utarakan kepada mereka, tapi ini tidak berlaku di sini, kita tidak tahu status penerimaan surat atau komen yang kita utarakan. SEDIH sekali.

Di Malaysia mana-mana  HAM OPERATOR  yang tak reti CW dengan sendirinya terhalang untuk menggunakan gelombang HF. Nak minta tolong  9M2 lobi SKMM hapuskan CW JANGAN HARAP!, atau JANGAN MENGHARAP. Mereka semua manis kat depan kamu tapi belakang mulut busuk!.. Mungkin adalah seorang (9M2) mungkin dua tak lebih  yang setuju CW di turunkan speed (tapi tak minat nak cadang hapuskan CW), yang lain lagi hasut SKMM adalah ! supaya KEKALKAN CW sampai kiamat.!.Alasan mereka ni (9M2) senang..aku dulu susah kena belajar CW untuk guna HF kamu nak senang-senang banyak cantik!. Lagi alasan cw ni kita boleh buat bisness woo, apa tidaknya kita buat bisness kelas CW, satu kepala RM 80.00ke RM 100 ke, kita buatlah 2 hari kursus CW tu, kalau mansuh CW dah tak boleh buat bisness maa!!., kalau kepala bisness dah join hobi Radio Amateur ni, maka tunggulah kehancuran hobi Ham Radio ni perlahan-lahan.  Masa sama taraf 9W2 sokong kalau di hapuskan CW tapi bila dia dah lulus bukan main lagi membantah kalau ada orang suarakan pendapat agar CW di hapuskan, itulah sombong namanya dan tak silap kalau di katakan kebanyakan 9M2 ni sombong. Tak perlu bagi apa-apa buah fikiran kalau tak reti CW. Tak usah dekat-dekat dengan orang yang pandai CW tak pasal-pasal kamu kena cebik atau kena kutuk!. Kenapa kamu tak reti CW sebab aku tak minat, tak mau belajar benda yang aku tak minat.  FULLSTOP. Bersyukurlah apa yang aku ada 9W, ni pun kerana pertolongan 9M juga kan!. Kamu kena ingat tu kerana perkara ini akan di ulang tayang sampai bila-bila dan nama-nama tertentu akan disebut-sebut selagi tak mati.

Tapi berbeza dengan di negara Amerika dan England, pihak FCC atau OFCOM tetap membuat keputusan mengapuskan CW sebagai syarat penggunaan gelombang HF walaupun hampir 100% dibantah oleh ahli kelab ARRL (semua kelas ADVANCED la kot sama kalau di Malaysia 9M lah) kerana pihak di FCC (USA)dan OFCOM (UK) memikirkan perkembangan teknologi masa kini sudah tidak lagi relavan kalau syarat lulus CW ini di teruskan atau di kekalkan demi perkembangan RADIO AMATEUR di masa hadapan. Kalau anda mengharapkan agar ramai rakyat Malaysia menyukai, meminati hobi HAM RADIO tidak ada cara lain selain HAPUSKAN PERLUAN CW (Get Rid of the CW exam requirement!).

Apa-apa pun kini tumpuan saya kepada hobi HAM RADIO ni sudah semakin berkurangan, dah bertahun-tahun tidak keudara, radio pun sudah berabuk di rak  tak di pedulikan. Mungkin akan sampai masanya peralatan radio di jual atau di lelong. Mungkin kerana usia yang semakin tua, kini tumpuan lebih kepada  hal-hal lain yang lebih memberi manafaat dalam kehidupan, namun begitu kalau ditanya apakah hobi yang paling saya sukai, saya tetap memilih hobi HAM RADIO kerana banyak kepuasan  diperolehi darinya.

Wednesday, 22 June 2011

APRS Viewer

APRS atau Automatic Position (packet) Reporting System






Untuk buat masa sekarang penulis sedang menguji APRS Viewer untuk tujuan penerimaan message position yang di hantar melalui radio.