Saturday, 29 July 2023

AKHIRNYA CW TIDAK LAGI MENJADI PRASYARAT KE HF BAND

Akhirnya CW bukan lagi menjadi pra-syarat bagi penggemar Ham Radio untuk menggunakan frequency HF. Syabas dan tahniah di ucapakan kepada MCMC kerana akhirnya akur dengan situasi dunia Ham Radio pada masa kini yang mana telah lama dicadangkan oleh pihak  ITU (2004) untuk tidak menjadikan Ujian Morse Code atau CW sebagai syarat utama untuk kebenaran penggunaan frequency HF. Walaupun Malaysia ketinggalan hampir 19 tahun (2023-2004) berbanding dengan negara lain. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak MCMC atau SKMM di atas perubahan ini.Tak ketinggalan ucapan dan rasa syukur kepada Allah, kerana akhirnya kami pemegang lesen amateur kelas B boleh menggunakan HF berkuatkuasa pada January 2023.

Disamping itu pihak MCMC atau SKMM telah juga memperkenalkan Kelas C, Kelas B dan Kelas A. Bagi pemilik lesen kelas B, mereka boleh "upgrade" kan lesen ke kelas A dengan mengambil ujian RAE Kelas A yang merangkumi soalan-soalan Peraturan Pertubuhan Radio Telikomunikas Antarabangsa, prinsip elekrik dan sebagainya. Semoga dengan ini akan bertambah ramai rakyat yang berminat menceburi hobi perhubungan radio ini, walaupun dunia komunikasi hari ini semakin berubah dan canggih semuanya ada dihujung jari dengan alat perantara sebesar sebuah calculator siap bersuara dan bergambar.

Terima Kasih SKMM.

Sunday, 15 March 2020

RADIO AMATEUR 2020

Selamat menyambut tahun baru 2020, semoga Radio Amateur Malaysia di tahun 2020 ini lebih segar dan dapat menarik lebih ramai penggemar radio amateur dari generasi baru..........

Thursday, 24 January 2019

SAMPAI BILA NAK PERTAHANKAN CW

Sampai bilalah agaknya nak pertahan CW sebagai syarat utama untuk pengunaan frequency HF (High Frequency). Dengan bilangan pemegang AA sekian lama tidak bertambah dengan drastik pun, kalau tak silap pemegang AA kelas A cuma sekitar 500 orang dan pemegang AA kelas B sekitar 13,000 orang sehingga 2018. Hanya dengan menghapuskan syarat kelulusan CW  tentunya boleh menarik minat orang ramai untuk menceburi hobi ini.






Dari sumber MCMC.

Mudah-mudahan ada usaha dan kesungguhan untuk menghapuskan syarat kelulusan CW sebagai kerperluan untuk penggunaan frequency HF agar dengan ini dapat menarik minat orang ramai kepada hobi Radio Amateur seperti yang telah di lakukan oleh kebanyakan negara anggota ITU di seluruh dunia.


Saturday, 30 April 2016

HAPUSKAN CW DEMI MASA DEPAN RADIO AMATEUR

HAPUSKAN CW ( MORSE CODE ) DEMI MASA DEPAN RADIO AMATEUR DI MALAYSIA. IKUTLAH SARANAN DAN CADANGAN WARC  UNTUK REGION 3 DI AUSTRALIA, BAHAWA DEMI MASA DEPAN RADIO AMATUER SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN MULTIMEDIA SEKARANG KELULUSAN CW UNTUK PENGGUNAAN GELOMBANG HF SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI"


Friday, 18 March 2016

APA KHABAR 9W2 DI 40 METER BAND!

Salam, lama saya tak menulis di bog ini....seakan saya dah lupa pada blog radio amateur ini, mungkin di sebabkan usia yang semakin senja aktiviti radio sudah menjadi semakin kurang, namun demikian tidak lah terpendam terus selagi hayat masih ada. Apa khabar anda 9W2 di 40 meter band (HF)? sejak mcmc membenarkan gelombang HF 40m untuk 9w2..dah berapa banyak station yang anda telah dapat berqso?..tentu sudah beratus-ratus station, walau berapa station pun harapan saya semoga anda semua terus berhemah dan terus explored hobi 'ham radio' dengan suasana gembira dan bersemangat. Saya? belum satu station pun di 40m hf saya berqso!..masih tiada masa untuk menaikkan antenna hf walaupun sudah ATU tuner. Tunggulah nanti jikalau ada peluang bertemulah kita di udara melalui 40m hf band...

Thursday, 15 October 2015

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN DOA SAYA !

Maka pada tanggal 15 Oktober 2015, tercatitlah satu  sejarah bagi peminat RADIO AMATEUR di Malaysia di mana MCMC atau SKMM (Suruhanjaya  Kommunikasi dan Multimedia Malaysia) dengan resminya mengeluarkan NOTICE atau pengumuman " Pemegang lesen atau AA kelas B boleh menggunakan HF Frequency 7.00 - 7.20 Mhz ( 40 Meter Band).




Announcement for Class B Amateur Radio

The Commission is pleased to announce on the additional frequency allocation for all  Amateur Radio Class B AA license holders. The additional frequency is in HF band within 7.0 - 7.2 MHz with a maximum power level of 50 Watt Peak Envelope Power (PEP).


Tak terkira gembira rasanya mendengar berita ini. TERIMA KASIH SKMM Malaysia kerana akhirnya pihak tuan menerima pendapat dan cadangan yang kami (9W2) utarakan walaupun melalui atau mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan yang sepatutnya telah lama di buat berikutan cadangan dari IARU Conference 2004 .  Kepada kawan2 9W2 semua gunalah peluang yang di berikan oleh SKMM atau MCMC ini sebagai satu momentum untuk memajukan radio amateur di Malaysia, mempromosi hobi berteknikal ini kepada orang ramai . Mudahan akan bertambah lagi bilangan pengemar hobi RADIO AMATEUR di MALAYSIA. Disamping itu ingatan kepada anda 9W2 yang berkommunikasi di 40meter  HF agar sentiasa menjaga tatacara perhubungan radio kerana suara anda akan dapat di dengar di seluruh pelusuk benua walaupun cuma 50watt pep, dengan teknik dan setup yang maksimum anda semua tetap akan berpuas hati  dan tersenyum puas bilamana cq cq  anda di sambut oleh rakan ham tempatan atau kejiranan anda. Sentiasa ingat FREQUENCY RADIO AMATEUR bukan individual usage tapi adal ah share basis...jadi bila ianya kongsi guna maka kenalah berhemah tidak lagi seperti semasa menggunakan radio walkie-talkie VHF atau UHF.....!. Selamat ber 'qso' di 40 Meter band di ucapkan kepada semua rakan 9W2 semua. Terima Kasih juga kepada semua yang memberi cadangan dan pelobi atau penyokong '9w2 di 40m'

Dan Syukur pada Allah kerana mengerakan hati2 mereka di MCMC untuk meluluskannya...Amin  DE  9W2NR


Thursday, 26 June 2014

RADIO AMATEUR MALAYSIA TERUS UNDUR.

Maka keputusan dan rumusan pun telah di buat RADIO AMATEUR MALAYSIA tetap mahu terus undur

kebelakang tak mahu  ikut negara-negara maju lain yang telah menghapuskan keperluan CW untuk tujuan 

penggunaan gelombang HF, RADIO AMATEUR MALAYSIA tak perlu ikut 

negara ini ,,,,,,,,,

AMERIKA, SINGAPORE, ENGLAND (UK), KENYA, BELANDA, PERANCHIS, GERMAN, 

AUSTRALIA, AUSTRIA,  ISRAEL, SWEDEN, HONGKONG, DENMARK, CROATIA, 

BOSNIA , PAPUA NEW GUINEA,REPUBLIK CZECOSLOVAKIA ,LUXEMBERG, 

KANADA, ICELAND, NORWAY, BELGIUM,  SWITZERLAND,  JAPAN,  INDONESIA , 

INDIA (mulai APRIL 2010).

 dan lain-lain negara yang tak perlu di tuliskan lagi cukuplah dengan negara-negara yang di kenali seperti

diatas. Biarlah kita  kekal ikut seperti negara yang mengekalkan rules and regulation lama terus mengekalkan

 syarat lulus CW 12w untuk membolehkan seseorang itu menggunakan gelombang HF, tak perlulah kita ikut

saranan pihak ITU agar semua negara menghapuskan keperluan CW untuk tujuan penggunaan gelombang

HF dan terus bersama antaranya negara yang masih mengekalkannya.( tapi masih ada lagi ker negara yang

mengekalkannya sedangkan negara INDIA pun sudah mengubah rules and regulations RADIO

AMATEUR di negaranya April 2010)................Amat malang bagi kita

operator radio amatuer di malaysia amnya.

Untuk RULES AND REGULATION RADIO AMATEUR INDIA link:RULE RADIO AMATEUR INDIA APRIL 2010

http://www.hamradio.in/amateur_radio/amateur_new_guidelines.pdf

HAPUS CW DEMI KEMAJUAN RADIO AMATEUR DI MALAYSIA